Jumat, 19 November 2010

Kumpulan Ahli New Boyz

Kumpulan New Boyz merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Mula bertapak didalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 sehingga kini.

Isi kandungan

[sorok]

Ahli-ahli

Kumpulan New Boyz merupakan kumpulan penyanyi yang terdiri daripada 5 orang ahli yang kesemuanya lelaki. Senarai anggotanya adalah :-
  1. (Syuk) Mohd Syukri bin Mohd Shanushi. Pemain bass.
  2. (Jay) Shahrizan bin Mat Saleh. Pemain gitar utama.
  3. (Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
  4. (Lan) Mazlan bin Ismail. Pemain gitar utama.
  5. (Along) Mat Shah bin Mat Salleh. Pemain drum.
Apabila Syuk keluar daripada Kumpulan New Boyz, dia telah digantikan dengan Zack.
  1. (Syuk) Mohd Syukri bin Mohd Shanushi. Pemain bass.
  2. (Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani. Pemain bass.
  3. (Jay) Shahrizan bin Mat Saleh. Pemain gitar utama.
  4. (Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
  5. (Lan) Mazlan bin Ismail. Pemain gitar utama.
  6. (Along) Mat Shah bin Mat Salleh. Pemain drum.
Apabila Jay, Lan dan Along mengundurkan diri daripada Kumpulan New Boyz pada tahun 2004, mereka telah digantikan oleh dengan Rizz dan Ristoe.
  1. (Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani. Pemain bass.
  2. (Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
  3. (Rizz) Ridza Faitullah. Pemain gitar utama.
  4. (Ristoe) Wan Muzaffar. Pemain drum.
Pada tahun 2007 sekali lagi New Boyz bertukar anggota di mana kali ini pemain gitar Rizz diganti oleh Afiez. Afiez mempunyai pengalaman dalam bidang muzik sebelum ini pernah menjadi pemuzik kelab di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sentuhan gitar Afiez disumbang dalam album ke-6 New Boyz kali ini iaitu Semula Padaku.
  1. (Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani. Pemain bass.
  2. (Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.Penyanyi.
  3. (Afiez) Hafeez As'ad Azam. Pemain gitar utama.
  4. (Ristoe) Wan Muzaffar. Pemain drum.

[sunting] Diskografi

Ditubuhkan pada 1999 dgn album pertama melalui hitz singlenya 'Sejarah Mungkin Berulang' New Boyz muncul dengan identiti awal remaja.

Ketika itu vokalis Tomok masih berumur 15 tahun, New Boyz dianggotai oleh Tomok sebagai vokalis,Syuk sebagai pemain bass, Jay sebagai pemain gitar, Lan sebagai pemain gitar kedua dan Along bertindak sebagai pemain drum.Begitulah berikutnya dengan album kedua sehinggalah album ketiga Syuk bertindak menarik diri atas komitmen tersendiri. Tempat Syuk diganti oleh Zack yang kekal sehingga kini.

Kumpulan ini bukan sahaja mencetuskan fenomena dalam kalangan remaja di Malaysia,tetapi turut berjaya menembusi pasaran di Singapura,Indonesia dan Brunei sekaligus menjadikan New Boyz antara kumpulan remaja paling popular ketika itu.Malah,penjualan album New Boyz juga sangat memberangsangkan dan mereka berjaya mendapat anugerah platinum bagi album pertama yang berjudul New Boyzyang mana album tersebut telah terjual sebanyak lebih 100,000 unit.Bukan itu sahaja,mereka turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Kumpulan Paling Popular pada tahun 2001.Selain ABPBH,New Boyz turut pernah tercalon dalam Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Planet Muzik dalam tempoh tersebut.

Sejak album kelima (Bermulanya Satu Evolusi) pada 2004 New Boyz telah bertukar anggota di mana Jay, Lan & Along menarik diri dan digantikan pula dgn Rizz & Ristoe masing-² di bahagian gitar & drum. Sehingga tahun 2006 New Boyz telah mengeluarkan 5 album dan 1 kompilasi lagu-² terbaik.Selain mengeluarkan album , New Boyz turut berlakon dalam beberapa buah telemovie terbitan SRC iaitu PULAU INSPIRASI dan MERAUNG .

Pada tahun yg sama juga New Boyz sibuk menyiapkan material terbaru iaitu album keenam, kali ini hampir keseluruhan lagu dicipta oleh ahli New Boyz sendiri. Dengan genre muzik pop rock New Boyz lebih matang dari segi pemilihan lagu dan corak persembahan mereka.

Kini New Boyz kembali pada 2007 dengan 1 lagi pembaharuan iaitu Afiez sebagai gitaris baru menggantikan Rizz maka tetaplah sudah anggota New Boyz yg mempunyai 4 generasi album dari Tomok, Zack, Ristoe dan Afiez..

Selepas kemasukan Afiez, New Boyz muncul dengan album Semula Padaku yang membariskan komposer seperti Taja Meet Uncle Hussien, Along Exist, Edry KRU dan ramai lagi. Selain daripada menggunakan khidmat komposer luar, ahli New Boyz sendiri mengambil peluang dalam penciptaan lagu untuk album tersebut. Antaranya ialah lagu yang dicipta sepenuhnya oleh vokalis kumpulan ini sendiri iaitu Tomok dengan lagu KAU BERNAMA CINTA. Lagu ini merupakan antara lagu yang menjadi HITS dalam Album Semula Padaku, dan lagu ini kerap di putarkan di corong-corong radio tempatan.

Setelah penghasilan album Semula Padaku, New Boyz seakan menyepi disebabkan penjualan album yang tidak memberangsangkan disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan penjualan album yang terbantut yang dialami oleh keseluruhann artis Malaysia. Selepas dua tahun menyepi, New Boyz akhirnya muncul dengan dua single terbaru mereka iaitu KAU PERGI dan TERIMA KASIH (HERO) dimana penciptaan lagu sehingga proses penghasilan keseluruhan kedua-dua lagu dibuat sepenuhnya oleh mereka sendiri pada tahun 2008. Kau Pergi merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Tomok sendiri dan lagu Terima Kasih HERO merupakan lagu pertama ciptaan Zack selaku pemain BASS kumpulan New Boyz. Pada tahun 2010,lagu Terima Kasih HERO telah menjadi salah satu lagu soundtrack bagi filem KAPOWW!!! - Atoi The Kultur Boy yang mana judulnya telah ditukar menjadi Roket Ke Langit,malah terdapat sedikit perubahan lirik dalam lagu tersebut.
Belum pun sebulan single itu dihasilkan Tomok pula mengambil keputusan untuk menyertai satu pertandingan Program Reality One In A Million musim ketiga pada tahun 2009 dan berjaya menjadi salah seorang finalist program reality itu dan telah dinobatkan sebagai Juara OIAM3. Penyertaan Tomok dalam program reality itu telah menjadi issue dan diperkatakan oleh masyarakat dan ada yang mengandaikan Tomok telah bergerak secara SOLO dan meninggalkan ahli kumpulannya yang lain dan sekaligus tidak lagi bergelar penyanyi untuk kumpulan New Boyz. Tetapi semua andaian yang dibuat tidak tepat dan Tomok menafikan dakwaan itu dan sekaligus mengesahkan dia masih lagi penyanyi untuk kumpulan New Boyz. Tomok tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kumpulan New Boyz sama sekali dan menyatakan penyertaannya itu mendapat restu dan sokongan dari ahli New Boyz yang lain.

Sehingga kini, New Boyz masih lagi kekal berempat hanya menunggu masa dan waktu yang sesuai untuk mempertaruhkan hasil kerja mereka yang seterusnya. Dikhabarkan mereka akan tumpukan perhatian dalam pembikinan album mereka sepenuhnya selepas Tomok selesai menghasilkan album SOLO beliau dalam masa terdekat.
Kini New Boyz mahu lebih dikenali sebagai NB iaitu singakatan untuk New Boyz itu sendiri.
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
New Boyz
Latar belakang
Asal Bendera Malaysia Malaysia
Genre Pop Rock
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 1999 - kini
Artis berkaitan Berkumpulan
Pengaruh J-rock,Ungu,Dewa
Laman sesawang http://www.newboyz.highforum.net
Anggota
(Zack) Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani.
(Tomok) Shah Indrawan bin Ismail.
(Afiez) Hafeez As'ad Azam.
(Ristoe) Wan Muzaffar.
Bekas anggota
(Syuk) Mohd Syukri bin Mohd Shanushi.
(Jay) Shahrizan bin Mat Saleh.
(Lan) Mazlan bin Ismail.
(Along) Mat Shah bin Mat Salleh.
(Rizz) Ridza Faitullah.

1 komentar: